PENDAHULUAN Menurut Noradanisha (2012), pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Ini bermakna sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pengurusan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan merupakan satu seni atau budaya yang tersusun dalam melaksanakan bidang tugas individu sesebuah organisasi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pembelajaran dapat didefinisikan sebagai perihal atau proses belajar. Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Pengurusan alam pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. 1. Persediaan Ke Alam Persekolahan Dari aspek persediaan ke alam persekolahan telah menekankan mengenai peranan guru sebagai pemimpin. Guru perlulah menjadi pemimpin yang...