Langkau ke kandungan utama

TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER

 PENDAHULUAN 

Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck,2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan. Sumber pula membawa maksud , sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi,manusia, serta kewangan dan teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan adea kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan,biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar. Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Pelbagai Sumber;

1. Bahan Bercetak

    Bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. alat-alat yang menyokong penyampaian  pembelajaran diberi nama 'Alat bantu mengajar'. Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, jurnal, surat, berita, peta, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan dan gambar. Bahan pencetak merupakan salah satu media pengajaran yang memberi rangsangan luar kepada pelajar sama ada memberi ingatan jangka pendek atau jangka panjang. Keberkesanan rangsangan yang diterima oleh murid seperti isi kandungan yang menarik atau berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid. Kaedah penyampaian penyampaian guru juga adalah penting dalam merangsang minat murid. Pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting untuk manusia mengaitkannya dengan pengalaman baru agar memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.Bahan bercetak ini memberi maklumat secara langsung kepada murid-murid dan secara langsung ianya akan merangsang deria pemikiran dan penglihatan pelajar secara terus.Bahan pencetak yang dijadikan sumber pengajaran mampu mendedahkan maklumat awal kepada pelajar dan diproses dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

2. Bahan Elektronik  

    Bidang yang berkembang dari semasa ke semasa menyebabkan sumber pengajaran dan pembelajaran juga telah muncul dalam pelbagai bentuk. salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran  yang sering digunakan pada masa kini ialah bahan elektronik. Bahan elektronik terdiri daripada pelbagai bentuk antaranya ialah komputer, filem, television, radio,transparensi, overhead projector, LCD dan pelbagai lagi.Dunia yang semakin maju sekarang telah membawa masuk teknologi dalam pendidikan. Komputer merupakan salah satu jenis bahan elektronik yang sememangnya wajib ada di setiap sekolah. setiap sekolah pada zaman sekarang mempunyai kemudahan makmal komputer kecuali sekolah di kawasan pedalaman. Komputer mempunyai pelbagai perisian di dalamnya. Perisian ini dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. kelebihan bahan ini ialah boleh memperlihatkan sesuatu lukisan itu lebih jelas dan menarik. Sebagai contoh, seorang guru mata pelajaran sains ingin mengajar mengenai ciri-ciri seekor singa. sudah tentu guru tersebut tidak mampu membawa singa ke sekolah untuk diperlihatkan kepada pelajar. oleh itu, guru tersebut boleh menggunakan komputer dan LCD untuk menunjukkan dengan jelas kepada pelajar ciri-ciri seekor singa.selain itu, penggunaan komputer juga membantu guru mengakses video-video menarik daripada pelbagai laman web untuk dijadikan panduan mengajar dan tarikan kepada murid-murid.  

3. Bahan Maujud

    Bahan biasanya digunakan di peringkat sekolah rendah bagi subjek sejarah. Ramai guru sejarah mengakui hakikat bahawa bahan maujud adalah kunci penting kepada pengajaran bagi golongan kanak-kanak.Hal ini demikian  kerana, kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit untuk memahami istilah ataupun peristiwa sejarah. murid-murid sekolah rendah masih berada dalam peringkat umur 7 tahun hingga 11 tahun iaitu julat umur bagi kebanyakan murid-murid sekolah rendah. bahan maujud ialah model konkrit yang melibatkan konsep sejarah. Menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Pada masa sekarang bahan maujud digunakan dalam pengajaran sejarah telah diterima yang boleh diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan membantu murid-murid belajar sejarah dengan bermakna. Melalui penggunaan bahan maujud, tahap kefahaman pelajar akan lebih bertambah dengan wujudnya rangsangan luar ke atas motor kasar dan halus seperti tangan ini sekali gus dapat mempertingkatkan daya kreativiti dan pemikiran kritis pelajar. Proses ini berlaku akbit berlaku rangsangan luar yang boleh memberi kesan dan bertindak dengan organ-organ  deria. Hasil proses mental dan neurologi yang memperngaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat.

KESIMPULAN 

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Sebagai contoh, Pusat Sumber Sekolah. Pusat sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asa serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.  Selain itu, dapat dirumuskan juga pengurusan sumber terdiri daripada pelbagai jenis sumber yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, pelajar juga dapat membuat perbandingan antara beberapa kategori sumber maklumat serta mengetahui kriteria untuk memilih bahan atau sumber apabila mereka memerlukan sesuatu bahan untuk pembelajaran.  Di samping itu, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran dengan lebih berkesan berpandukan kepada sumber sebagau rujukan dalam membuat persediaan mengajar. Sumber manusia merupakan asset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus pada masa kini. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia turut berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi.

RUJUKAN 

1. Maimunah Binti Nasir. (Februari 2016). Pembelajaran Berasaskan Masalah Dan Amalan Pembelajaran Arah Kendiri Ke Arah Perubahan Kefahaman Murid Tingkatan Enam Dalam Konsep Genetik. https://core.ac.uk/download/pdf/78390012.pdf

2. Tamuri, Ab Halim & Hussin, Nur. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. https://www.researchgate.net/publication/283274408_

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  PENDAHULUAN     Istilah sosiologi ini berasal daripada perkataan lat in “sosio” bermaksud “berkongsi”.  Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat” . Kajian sosiologi bermula dengan melakukan permerhatian terhadap kehidupan sosial yang memainkan beberapa peranan asas. Pentingnya kewujudan sesuatu teori adalah hubungan penerangan antara kesan spesifik. Teori dalam sosiologi selalunya berdasarkan kajian empirikal dan tujuannya untuk mengenali serta memahami sebab-musabab berlakunya tingkahlaku sosial. Tambahan lagi, ahli sosiologi selalu mencuba dan bergantung kepada sesuatu kemungkinan andaian. Sebarang teori sosiologi adalah boleh digunakan untuk membuat ramalan yang tepat mengenai tingkahlaku manusia di masa depan. Ahli sosiologi percaya mengenai disiplin sosiologi yang memperlengkapkan tiga kepentingannya. Pertamanya, teori dan ilmu sosiologi dapat meningkatkan kebolehan masyarakat dalam kehid...

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN Menurut Noradanisha (2012), pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Ini bermakna sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pengurusan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan merupakan satu seni atau budaya yang tersusun dalam melaksanakan bidang tugas individu sesebuah organisasi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pembelajaran dapat didefinisikan sebagai perihal atau proses belajar. Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Pengurusan alam pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. 1. Persediaan Ke Alam Persekolahan  Dari aspek persediaan ke alam persekolahan telah menekankan mengenai peranan guru sebagai pemimpin. Guru perlulah menjadi pemimpin yang...

TOPIK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

  PENDAHULUAN Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.  Tiga Program Pengurusan Murid Pelbagai Upaya: 1. Program pemulihan Program pemulihan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu  b...