PENDAHULUAN
Konsep kepelbagaian budaya adalah
konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang
berbeza dari aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya
untuk mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. Budaya sekolah
merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur
organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Pelbagai budaya
juga didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan yang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam sesebuah kelompok organisasi atau
masyarakat yang terdapat pada sesebuah kawasan itu. Lantaran itu, sesebuah
masyarakat itu harus menerima dan menghargai perbezaan sosial budaya tanpa mengira
kaum.
Terdapat beberapa isi penting di dalam topik ini antaranya ialah kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya ini dikatakan memang berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan dalam kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama, taraf keluarga dan gender. Ianya juga melibatkan golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli). Sekolah haruslah memikul tanggungjawab dalam memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.
Selain itu, dari segi pengurusan merentas budaya beberapa aspek perlu dikuasai oleh seorang guru, iaitu pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian yang wujud antara murid perlu difahami dengan sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar. Secara tidak langsung, semangat perpaduan akan dapat dipupuk. Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya bijak mengendalikan suasana pembelajaran tersebut. Sebagai contoh, dengan mewujudkan satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah. Persekitaran psiko sosial ini meliputi layanan yang sama rata, pembinaan rapo dan interaksi dua hala. Bukan itu sahaja, aspek pengurusan budaya yang lain seperti penerapan nilai murni dan disiplin, amalan penggunaan bahasa yang sesuai, aktiviti P&P bersifat koperatif dan sebagainya juga perlulah dikuasai oleh guru.
Seterusnya,
isu kepelbagaian budaya murid pula membincangkan mengenai murid
yang berbeza dari aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya
untuk mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. Seorang guru
perlulah memberi pendidikan yang sama rata kepada semua jenis pelajar walaupun
berlainan latar belakang keluarga. Pendidikan
adalah satu proses evolusi yang berubah secara berterusan. Proses ini
merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi
menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan
berkualiti, maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga
kaedah. Pertama, melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan yang mana
sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak
semula untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman
konsep dan kaedah. Kedua, melalui kursus dan perkhidmatan yang mana kursus
dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru
menangani perubahan secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu
diasaskan kepada kumpulan sasaran serta aspek perubahan, penguasaan
kemahiran baru dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Ketiga, program
pengembangan staf berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan
staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu
sebenar dalam konteks kerja yang sebenar.
KESIMPULAN
Pengurusan budaya penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang harmoni. Guru merupakan pendidik yang sangat penting dalam menjayakan kecemerlangan murid-murid. Tanpa peranan mereka, masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi, malah sebarang perubahan yang dijalankan tidak dapat berjalan dengan lancar. Seseorang guru perlulah bersikap terbuka dan berusaha untuk mengenali pelajar yang pelbagai. Pelajar belajar dengan apa yang dilihat dan diajar oleh guru. Hal ini dikatakan demikian kerana guru merupakan role model kepada pelajar. Oleh itu, semua guru haruslah memainkan peranan dalam membentuk kecemerlangan murid-murid tanpa ketidakadilan dalam memberi pendidikan.
RUJUKAN
1. Yasmin Binti Ahmad.(2014). Sensitiviti Dan
Kompetensi Kepelbagaian Budaya Dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik Di Sekolah
Menengah Kebangsaan Di Malaysia. http://eprints.usm.my/29988/1/Yasmin_Ahmad_-_2014_-_PhD.pdf
2. Bennett Hafzan Omar & Zolkepeli
Haron.(2018).Pengukuran Sensitiviti Kepelbagaian Budaya Dalam Kalangan Guru
Menggunakan Model Dmis (Developmental Model Of Intercultural Sensitivity). Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia File:///C:/Users/Asus/Downloads/2076-Article%20Text-7947-2-10-20180319.Pdf
Ulasan
Catat Ulasan