PENDAHULUAN
Sekolah merupakan salah sebuah
pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan, manakala persekitaran membawa maksud
kawasan di sesuatu tempat. Oleh itu, persekitaran sekolah bermaksud kawasan di
sekeliling sesuatu tempat di mana masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sesebuah sekolah. Sekolah
mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi yang mana sekolah perlu bertoleransi
dengan ibu bapa serta masyarakat (Seng, T. W, 2005). Ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu dalam
mewujudkan suasana sekolah yang lebih baik.
TIGA ASPEK PERSEKITARAN SEKOLAH, IAITU:
1. Hubungan
Sekolah Dengan Masyarakat,
Secara umumnya, hubungan sekolah dengan masyarakat
merupakan salah satu jabatan untuk belajar dan mengajar serta tempat menerima
dan memberi pelajaran. Istilah ‘sekolah’ merupakan konsep yang luas yang
mencakupi lembaga pendidikan formal mahupun lembaga pendidikan tidak formal
sedangkan istilah ‘masyarakat’ merupakan konsep yang mengacu kepada semua
individu, kelompok dan organisasi yang berada di luar sekolah sebagai lembaga
pendidikan. Mulysa (2007:50) menyatakan hubungan sekolah dengan masyarakat pada
hakikatnya merupakan satu sarana yang sangat berperanan dalam membina dan
mengembangkan peribadi peserta didik di sekolah. Masyarakat dan sekolah
adalah saling memerlukan kerana tanpa sekolah, masyarakat tidak boleh mengenal
huruf dan tidak mungkin akan berjaya di masa hadapan. Seterusnya, sekolah juga
adalah agen perubahan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah
memainkan peranan dalam memberi ilmu kepada masyarakat demi kejayaan pada masa
akan datang.
2. Guru Dan
Ibu Bapa
Selain itu, dalam Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan
aspek membaca, menulis, mengira dan menaakul, memerlukan kerjasama ibu bapa dan
guru dalam usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa hadapan. Ini
bermaksud ibu bapa juga perlu mengambil tahu soal pembelajaran, kebolehan,
disiplin serta kemajuan anak masing-masing dengan komunikasi rapat dengan guru
dan pentadbiran sekolah. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Operasi
Pendidikan, Datuk Sufa’at Tumin mengatakan sejajar dengan peningkatan akademik
ibu bapa, tanggungjawab mendidik anak bukan lagi tanggungjawab guru sepenuhnya
tetapi turut membabitkan ibu bapa dan komuniti setempat termasuk syarikat
swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi bukan kerajaan
(NGO). Sarana ibu bapa adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan
penglibatan ibu bapa dengan anak dalam pembelajaran di rumah dan sekolah. Ibu
bapa juga diminta melibatkan diri di sekolah secara aktif dan boleh memberi
sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk idea, tenaga, kepakaran dan kewangan.
Hal ini sudah tentu berlakunya interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu
dalam mewujudkan hubungan yang bermakna antara ibu bapa, guru dan anak-anak
murid.
3. Isu-Isu Pendidikan Semasa Serta Pendidikan Dan
Globalisasi
Seterusnya,
isu-isu pendidikan semasa pula membicarakan mengenai kontroversi dalam dunia
pendidikan memandangkan transformasi pesat yang sedang berlaku pada pendidikan
di negara kita. Antaranya ialah mengenai pembelajaran abad ke-21. Pembudayaan
PAK21 merupakan transformasi penting dalam dunia pendidikan. Dengan semakin
banyak seminar dan bengkel yang diadakan di seluruh negara, pembudayaan PAK21
semakin menjadi pilihan pentadbir sekolah dan guru. Bengkel Digital Classroom
yang kerap diadakan juga berjaya memacu perkembangan teknologi sebagai alat
dalam menjayakan lagi PAK21. Manakala, kewujudan banyak sekolah amanah dan
sekolah transformasi juga mencipta peluang dari sudut berbeza, dengan lebih
banyak sekolah yang mengambil pendektan baharu yang lebih berani, melalui moving
class, ataupun subject based classroom. Justeru itu, warga
pendidikan mengharapkan fasiliti di sekolah, terutamanya yang berkaitan
tenologi pendidikan dapat ditambahbaik sesuai dengan keperluan dan nilai tambah
dalam menjalankan pembelajaran abad ke-21. Selain itu, isu KBAT juga menjadi
hal utama dalam dunia pendidikan. Buktinya, pada tahun 2017, negara kita telah
menyaksikan pelbagai isu yang berkaitan dengan KBAT. Penggunaan KBAT dalam
soalan peperiksaan dan juga buku teks sering diviralkan dan mendapat maklum
balas yang berbeza. Tidak kurang juga yang mengatakan sukatan pelajaran baharu
KSSM/KSSR yang terlalu tinggi sehingga boleh mendatangkan maklum balas yang
pelbagai daripada warga pendidik dan luar sendiri.
KESIMPULAN
Hubungan mesra yang terbina di antara sekolah dan ibu
bapa ini amat digalakkan untuk masa akan datang agar dapat meningkatkan nama
dan prestasi sekolah dalam mencapai kejayaan seseorang murid. Seterusnya,
hubungan yang terbina di antara sekolah bersama ibu bapa dan masyarakat juga
boleh menghasilkan satu produk atau satu kejayaan yang boleh membanggakan semua
pihak. Jadi, sebagai ibu bapa dan masyarakat yang prihatin, kita mestilah
mengambil hal ini secara serius dengan sentiasa berganding bahu bersama pihak
sekolah demi mencapai kejayaan bersama-sama. Diharapkan segala isu-isu yang
terjadi menajdi pemangki kepada usaha transformasi pendidikan Malaysia dengan
lebih baik.
RUJUKAN
1. Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran.(2013). Hubungan
Persekitaran Sekolah Dengan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di
Sekolah Menengah (Relationship School Environment With Students Involvement In
Co-Curricular Activities In Secondary Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia
38(2) (2013): 1-9. http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038%282%292013/1mohdfadli.pdf
Ulasan
Catat Ulasan