PENDAHULUAN
Menurut Noradanisha (2012), pengurusan boleh
ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan
dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan
tertentu. Ini bermakna sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui
pengurusan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan merupakan satu seni
atau budaya yang tersusun dalam melaksanakan bidang tugas individu sesebuah
organisasi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pembelajaran dapat didefinisikan
sebagai perihal atau proses belajar. Pembelajaran juga bermaksud satu proses
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Pengurusan alam
pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
1. Persediaan Ke Alam Persekolahan
Dari aspek persediaan ke alam
persekolahan telah menekankan mengenai peranan guru sebagai pemimpin. Guru
perlulah menjadi pemimpin yang mudah didekati kerana ianya boleh memberi
keselesaan kepada pelajar untuk belajar. Dari aspek pengurusan alam pembelajaran
ini juga bukan hanya tertumpu kepada guru sahaja yang menjadi pendidik tetapi
perlu diteliti juga oleh murid-murid. Hasilnya, sesi pembelajaran dalam kelas
dapat berjalan dengan lancar.Anak-anak yang bakal menjejak kaki
ke alam persekolahan pasti terasa teruja untuk memulakan pembelajaran. Ia
merupakan detik terindah buat kanak-kanak kerana akan melangkah kaki ke sekolah
untuk mengambil langkah dalam mengejar impian dan cita-cita yang telah tertanam
dalam diri mereka sejak dari kecil lagi. Sebelum anak-anak menjejak kaki ke
alam persekolahan, penjaga harus memastikan segala persiapan barangan seperti
alat tulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan pelbagai peralatan yang bakal
digunakan pada hari pertama persekolahan disediakan. Bukan itu
sahaja, sebelum anak ke alam persekolahan, pastikan anak-anak
mempraktikkan dengan mempelajari cara menulis, mengeja dan membaca ketika
pembelajaran di tadika. Hal ini akan mempercepatkan lagi proses pembelajaran
anak-anak kerana apa yang akan dipelajari di alam persekolahan sudah
diperkenalkan kepada mereka di tadika.
2. Kajian Di
Sekolah
Aksi guru di sekolah juga memainkan peranan
dalam memastikan alam pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Salah satunya
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pada umumnya, strategi
pengajaran terbahagi kepada tiga jenis, iaitu strategi pemusatan kepada guru,
murid atau bahan. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana
boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid. Guru di sekolah mestilah
mempunyai strategi yang tersendiri dalam menarik minat pelajar. Guru mestilah
menyemaikan sifat yang berunsurkan kebersamaan dalam berkomunikasi dengan
pelajar. Selain itu, mempelbagaikan kaedah pengajaran juga merupakan salah satu
carayang biasa diamalkan seperti kaedah kumpulan, koperatif, inkuiri, perbincangan,
perbincangan, kuliah dan sebagainya. Guru perlulah mendalami pelbagai
kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajar. Seterusnya, peranan
kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan kognitif harus
diperkaya melalui pelbagai teknik pengajaran. Fungsi kognitif seperti
persepsi, memori bahasa dan pemikiran berkomunikasi, penaakulan, membuat
keputusan dan aspek kecerdasan, emosi dan kesedaran adalah antara topik yang
menyentuh pembelajaran. Beberapa komponen telah dikenal pasti dalam
pengajaran dan pembelajaran, iaitu motivasi guru, ilmu pengetahuan subjek yang
diajar, kesediaan pelajar dari segi mental dan sosioemosi serta bahan bantu
mengajar yang berkesan.
3. Aksi Guru Di Sekolah Dan Refleksi
Aksi guru di sekolah juga merupakan aspek yang penting dalam
pengurusan alam pembelajaran. Antara aksi guru yang penting adalah setiap guru
perlulah mempunyai strategi yang tersendiri dalam menarik minat pelajar.
Seterusnya adalah sekolah perlulah mempunyai alat bantu mengajar yang mencukupi
dan lengkap dengan menggunakan teknologi moden. Alat bantu mengajar yang
menarik dapat memupuk minat pelajar untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh. Contohnya guru boleh menggunakan slaid untuk mengajar agar
murid tidak bosan dengan kaedah yang sama iaitu hanya menulis di papan putih.
Selain itu, guru perlulah bijak mengambil kesempatan untuk mengetahui latar
belakang pelajar dari sistem maklumat pelajar tetapi hendaklah dengan tujuan
yang baik. Contohnya, guru mengetahui latar belakang pelajar hanya untuk
menyusun strategi pembelajaran bagi membantu murid agar cepat memahami sesuatu
topik yang dibincangkan. Akhir sekali, pihak sekolah perlu melahirkan banyak
pelajar yang cemerlang dalam bidang akdemik mahupun bidang kokurikulum.
KESIMPULAN
Peranan guru pada masa kini semakin mencabar dan
para guru perlulah menguasai semua aspek pengurusan secara menyeluruh dalam
mengurus para pelajar, bilik darjah, dan sekolah. Pengurusan alam pembelajaran
ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat pelajar dapat dipupuk dan
sekaligus meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tersebut. Jadi, tugas guru
sebagai seorang pengurus di dalam kelas adalah sangat penting. Hal ini
dikatakan demikian kerana kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai
pengurus akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.
RUJUKAN
1. Khairul Azhar Mat Daud, Md. Baharuddin Abdul Rahman & Mohd Ali Samsudin. E-Solms: Kajian Tentang Tahap Pembelajaran Terarah Melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran Berorientasikan Pelajar. http://umkeprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%20Teniat%20FTKW.pdf
Ulasan
Catat Ulasan