Langkau ke kandungan utama

TOPIK 9 : PENGURUSAN DISIPLIN MURID

 PENDAHULUAN 

    Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah kesatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.  Jenis tingkah laku dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas. Disiplin ialah peraturan atau undang-udang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.


Strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah disiplin berdasarkan pendekatan berikut :

 i) Pendekatan positif (galakan dan pujian)

    Pendekatan positif merupakan suatu ransangan yang diberikan kepada pelajar supaya tingkah laku diulangi atau dilakukan akan diperkuatkan lagi (Mohd Saad, 2011). Pendekatan positif terbahagi kepada dua iaitu Verbal (pujian dan galakan)  dan Non-verbal (sentuhan dan senyuman). Pendekatan positif  menggalakkan suasana pujian berbanding hukuman kerana pujian mempunyai kuasa motivasi yang kuat. Guru yang baik dan berkesan adalah guru yang menggunakan pujian bagi menarik minat dan merangsang penglibatan pelajar dan pengajarannya. Menggunakan pujian adalah strategi penting bagi membina keyakinan diri dan harga diri pelajar. Contoh tindakan yang boleh diambil dalam strategi pendekatan positif ialah Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan dengan baik. Perasaan berjaya dan diiktirafkan akan mengurangkan masalah disiplin. Seterusnya Bersifat adil, tegas dan saksama ketika menyelesaikan masalah disiplin. Guru tidak harus menggunakan ugutan. Selain itu, Cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid. Sesi kaunseling harus dijalankan.

 ii) Pendekatan pencegahan

    Pendekatan pencegahan merupakan pendekatan yang mampu mengurangkan salah laku pelajar, Di samping mampu untuk menerapkan nilai keislaman dalam diri pelajar. Selain itu, pendekatan ini mengamalkan pendekatan Islam yang merupakan teras kepada penyelesaian masalah terutamanya dalam menangani salah laku pelajar yang beragama islam (mohamed sharif et al. 2003). Amalan pendekatan islam oleh kaunselor muslim di sekolah dilihat menjadi satu keperluan memandangkan senario salah laku disiplin pelajar yang semakin membimbangkan. Langkah pencegahan yang boleh doambil ialah memenuhi ruang kosong pelajar. guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar yang lemah. seterusnya , memastikan pelajar tidak akan bosan dan mengurangkan risiko melakukan masalah disiplin. Selain itu mengalakkan penyertaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah. Langkah pencegahan seterusnya ialah perhubungan yang baik antara guru dengan murid. guru hendaklah menghormati pelajar- pelajar seperti manusia biasa serta memberi layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. guru haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu dan kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan. Langkah pencegahan terakhir ialah Elakkan Penderaan kerana hukuman dera tidak seharusnya digunakan. Hal ini demikian kerana Ia akan menimbulkan perasaan benci kepada guru serta perasaan dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi. Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan haruslah diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. Oleh itu, guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka.

iii) Pendekatan pemulihan

    Pendekatan yang memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa, langkah mengatasi dijalankan dengan harapan pelajar mengubah kelakuannya untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Pendekatan pencegahan oleh kaunselor Muslim dalam menangani salah laku pelajar ini wajar disepadukan dengan pendekatan pemulihan malah pendekatan perkembangan yang merupakan aspek penting untuk pembangunan potensi diri pelajar khususnya dan secara langsung mampu mengurangkan kes salah laku serta dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. Kaedah pemulihan yang menekankan aspek spiritual dan dalaman pelatih, selain kaedah yang berbentuk fizikal dan kemahiran ilmu iaitu Pihak sekolah serta kaunselor sekolah perlu mempergiatkan usaha dalam menangani salah laku pelajar secara efektif melalui program pencegahan yang bersifat holistik dan seimbang meliputi aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani agar dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin, beriman dan beramal soleh. Selain itu, Kaedah kaunseling kelompok, mentor mentee dan usrah dalam proses pemulihan yang dijalankan dengan prinsip kasih sayang dan kebersamaan.

KESIMPULAN 

    Pengurusan disiplin cemerlang mampu membawa kepada kegemilangan sesebuah sekolah dan sekaligus memberikan sumbangan yang besar kepada masa depan dan hala tuju sesebuah negara menjadi negara yang cemerlang yang mampu melahirkan generasi rakyat yang terbilang. Antara faktor penggerak utama yang dapat dikesan dalam pengurusan disiplin cemerlang ialah faktor pengetahuan dan kemahiran guru disiplin terhadap bidang tugas disamping keperluan latihan yang mencukupi bagi menyediakan guru disiplin ke arah prosedur pengurusan disiplin yang baik. Selain itu, pandangan positif guru disiplin terhadap masalah disiplin semasa dan pengurusan disiplin memainkan peranan penting dalam menjayakan lagi pengurusan disiplin mengikut prosedur.

RUJUKAN 

1. Anney Zaharazilah Binti Yunus. (2012)Tahap Pengetahuan Dan Amalan Pengurusan Disiplinpelajar Dalam Kalangan Guru Disiplin Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Segamat.Universiti Teknologi Malaysia https://www.academia.edu/35819313/RUJUKAN_KAJIAN_DISIPLIN

2.Salwana Binti Mohamed Nor.(Jun 2013). Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Di Daerah Pasir Gudang, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/id/eprint/41952/5/SalwanaMohamedNorMFP2013.pdf 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  PENDAHULUAN     Istilah sosiologi ini berasal daripada perkataan lat in “sosio” bermaksud “berkongsi”.  Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat” . Kajian sosiologi bermula dengan melakukan permerhatian terhadap kehidupan sosial yang memainkan beberapa peranan asas. Pentingnya kewujudan sesuatu teori adalah hubungan penerangan antara kesan spesifik. Teori dalam sosiologi selalunya berdasarkan kajian empirikal dan tujuannya untuk mengenali serta memahami sebab-musabab berlakunya tingkahlaku sosial. Tambahan lagi, ahli sosiologi selalu mencuba dan bergantung kepada sesuatu kemungkinan andaian. Sebarang teori sosiologi adalah boleh digunakan untuk membuat ramalan yang tepat mengenai tingkahlaku manusia di masa depan. Ahli sosiologi percaya mengenai disiplin sosiologi yang memperlengkapkan tiga kepentingannya. Pertamanya, teori dan ilmu sosiologi dapat meningkatkan kebolehan masyarakat dalam kehid...

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN Menurut Noradanisha (2012), pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Ini bermakna sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pengurusan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan merupakan satu seni atau budaya yang tersusun dalam melaksanakan bidang tugas individu sesebuah organisasi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pembelajaran dapat didefinisikan sebagai perihal atau proses belajar. Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Pengurusan alam pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. 1. Persediaan Ke Alam Persekolahan  Dari aspek persediaan ke alam persekolahan telah menekankan mengenai peranan guru sebagai pemimpin. Guru perlulah menjadi pemimpin yang...

TOPIK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

  PENDAHULUAN Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.  Tiga Program Pengurusan Murid Pelbagai Upaya: 1. Program pemulihan Program pemulihan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu  b...